Alhamdulillah..semuanya berita yang baik-baik.
Bermula dengan Mac 2013, aku sudah pun lulus viva Master di USM.
19 September, aku sudah bergraduasi (Master in Science (Microbiology) ).
Dan Alhamdulillah, 4 hari selepas konvo, aku berjaya dikahwinkan!! *yahoo*
27 November, daftar sebagai pelajar PhD di Uitm Puncak Alam...(study lagi >_<)
Terasa konvo Master ni sangat manis. Sebab sepanjang 3 tahun pengajian, sangat mencabar.
Allah sahaja yang mengetahui. *oh hatiku*
Bersama dengan senior (Kak Huda) dan supervisor yang sangat best, Dr Latifah =)
muka excited dapat hadiah banyakss! *memory depan lab*
Muka serabut dan penat selepas seharian berkonvo. Sampai di USM (dari Perlis)
pukul 6am. Pukul 8am dah masuk DTSP. Sejuta kali menguap dalam dewan. Nasib baik tak
menguap depan Raja Perlis masa terima scrol. Sempat main mata jek dan cakap 'jemput datang kenduri saya 23sept ni'.hehe.
Sejak tahun 2012, aku sudah pasang target untuk viva, konvo, submit 3 copies thesis dan kahwin.
Alhamdulillah Allah makbulkan doa.
Walaupun thesis dan lab work agak kucar kacir. *sangat*
Walaupun waktu tu memang takda calon suami nak kahwin. *sob sob sob*
Tapi....doa tetap juga diteruskan.
Dan Alhamdulillah...
It happened as in my doa.
Betapa kuatnya kuasa dan aura doa.. ^^
Paling best dapat bunga dari mak ayah dan gambar atas ni dapat daripada
incik tunang (waktu tu belum kawen lagi). Fisrt time dia bagi bunga
kat perempuan dan first time gak terima bunga dari lelaki. Dapat agak tak
perasaan kitorang?? *sila jeles =p*
Nantikan kisah kami suami isteri =)


Tiada ulasan:
Catat Ulasan