..::doakan saya andai saya sudah tiada...http://nurulfarah611.blogspot.com::..

Sabtu, 22 November 2014

feel bad


#izzahsigadissyurga menangis lagi hari ni.
Kembung perut.
Ummi pun nangis. =`(

Puas ikhtiar nak hentikan tangisan.
Akhirnya terpaksa pass kat wan.
#izzahsigadissyurga tertidur dalam pelukan wan selepas penat menangis.

Izzah...maafkan ummi =(

Jumaat, 21 November 2014

mana mampu merajuk lama-lama



Alhamdulillah.
Pagi ini #izzahsigadissyurga tidur lama.
Daripada pukul 8am hingga sekarang belum bangun.
Sekarang sudah pukul 1230pm.
Tengok dia tidur nyenyak, rasa rindu pula.
Selalu pagi-pagi sembang dengan dia.
Hmm..aku dah tak merajuk dah.
Mana ada ibu yang merajuk macamni dengan anak.
Anak yang banyak merajuk.
Sayang sangat #izzahsigadissyurga ni...
Geram tengok dia..
Moga Allah merahmati keluarga kita..

merajuk


Ok. Pagi ni aku merajuk dengan izzahsigadissyurga 2 minit.
Dia tak mau tidur semalam.
Puas pujuk.
Dengan suami aku pun aku merajuk 2 minit.
Sebab dia jauh.
Ok bai.

gadis syurga


Terlalu rindu.
Entah kenapa aku terlalu rindukan wajah izzahsigadissyurga ketika dia baru lahir.
Rindunya...

Ingat lagi kali pertama kami berjumpa.
Risau dan takutnya ya Allah..
Risau tak mampu jadi ummi yang baik.
Takut kalau-kalau dia nangis.

11pm, 15september.
Nurse sorongkan katil baby.
Alhamdulillah izzahsigadissyurga tengah tidur.
Aku cuma memandang wajahnya.
Allahuakhbar..
Subhanallah..
Ini anak aku.
Pertama kali menitik air mata.
Nak pegang tak berani
Takut terjaga.
Alhamdulillah, sepanjang malam dia tidur nyenyak.
Aku je tak.
Setiap jam bangun tengok izzahsigadissyurga...

Ingat lagi sewaktu nurse letakkan izzahsigadissyurga di dada.
Terlalu sebak, syukur, bersalah, gembira terharu etc sampai kaku dan tak sentuh izzahsigadissyurga. 
Allahuakhbar...
Izzah anak ummi, jadi anak solehah ye..
Izzah saham ummi abi untuk ke syurga..

Ummi abi sayang izzah.
Terima kasih ya Allah atas hadiah terindah ini...

Sujud syukur...

Khamis, 20 November 2014

nikmat bersalin

Hari ini terasa sedikit syahdu pabila terpandang wajah izzah zinnirah si gadis syurga..
Jangan disoal kenapa kerana aku juga tiada jawapan..
Perempuan memang sukar ditafsir emosinya..
Kesian incik suami.
Mesti keliru dengan kecelaruan emosiku..

Pengalaman dalam labour room adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Teringat lagi, 12 September, Jumaat, tarikh due. 
Aku ke hospital ditemani suami dan mak.
Ditahan di wad. Sepatutnya kena induce, Dr tidak mahu melebihi tarikh ini. 
Tapi Dr pakar cadangkan untuk aku deliver normal tanpa perlu induce.
Tinggallah aku sendirian di wad bersama pesakit lain.
Sedih sebab waktu macam ni sangat perlukan suami.
Hinggalah hari ke-3, Dr pakar mencadangkan aku diinduce.

Ahad. 14 september.
340pm aku dibawa ke labour room. Tiada tanda sakit contraction lagi. Bukaan pun baru 3cm.

Mulanya suami yang meneman.
Suami nampak lebih gelisah daripada aku.
Disebabkan kakitangan tidak cukup, aku dipindahkan ke labour room yang dikongsi ramai.
Kali ni, mak yang meneman.

Mulanya aku tak nak mak ada sebab aku tak suka tunjuk kesakitan depan mak. 

Tapi akhirnya tangan mak juga yang aku pegang sepanjang dalam labour room.

Sejak aku diinduce, kesakitan mula terasa. Pada saat ni, aku hanya mampu sebut mak dengan Allah sahaja.

Mak sangat banyak tenangkan aku. Dia minta aku baca doa nabi yunus dan pujuk aku kesakitan ni banyak pahala Allah nak bagi.

Sebak sekejap semasa tulis tentang mak. =`(
Mak banyak kuatkan aku.
Betul kata orang, utk pertama kali bersalin, sangat perlukan suami di sisi untuk sokongan.

Kali kedua diinduce, aku dah tak tahan lagi.
Aku minta ubat penahan sakit.
Genggaman kuat pada tangan mak menandakan tahap kesakitan semakin berambah.

Alhamdulillah ubat penahan sakit mengurangkan kesakitan.
Terasa air ketuban keluar melimpah ruah.
Lama-kelamaan aku terasa mengantuk sangat.
Ambil masa yang agak lama untuk menafsir yang itu kesan ubat.
Tapi aku cuba bertahan.
Mustahil nak tidur waktu ini.
Nurse kemudiannya memasukkan alat bantuan pernafasan pada hidung aku.
Beliau mengatakan baby kurang pergerakkan.
Banyak kali doktor dan jururawat datang check keadaan baby pada carta pergerakan baby.
Daripada reaksi mereka, aku tahu baby dalam keadaan membimbangkan.
Aku makin risau.

Disebabkan lali dan tidak kuat untuk meneran, baby terpaksa divakum.

Pada waktu ini, aku hampir putus asa kerana usaha meneran tidak menunjukkan hasil.
Dan dalam masa yang sama, rasa bersalah sangat dengan baby. Tapi kuatkan diri juga. Nyawa baby lagi penting.

Izzah, maafkan ummi sebab tak pandai meneran. Hingga saat ini pun, ummi masih berasa bersalah. Maafkan ummi.

Alhamdulillah tepat pukul 814pm, izzah gadis syurga dilahirkan. Nurse letak izzah atas dada aku.
Aku hanya mampu memandang kesayuan. Tak sempat pegang kerana nurse nak bersihkan izzah.

Nurse sempat tunjuk jantina sebelum bawa Izzah pergi. 
Ketahuilah wahai nurse, bukan jantina yang aku nak tengok dulu. Tapi adakah semua anggota badannya lengkap? Itu lebih penting. 
Alhamdulillah izzah sihat dan sempurna anggotanya.

Aku dibawa ke operation theatre memandangkan luka yang banyak dan luka didalam.
Disebabkan sakit apabila dijahit tanpa dibius, Dr mencadangkan aku dijahit di situ.
Aku juga mengalami tumpah darah yang agak banyak.
Alhamdulillah aku dijahit dalam keadaan separa sedar. Tidak rasa kesakitannya.

Pukul 1230 malam barulah aku dihantar semula ke katil.
Mak dan suami peneman setia.
Suami menyuapkan sedikit air kerana aku terlalu dahaga.
Terasa sungguh kasih sayang mereka.

Sekali lagi rasa bersalah kerana baby ditahan di NICU. 

Izzah....adakah izzah dilayan dengan baik di sana? =(




selected person

Hanya orang tertentu mampu tidurkan izzah di bahu.

Wan, abi, atiqah dan wani.
Ummi?
Di bahu tak mampu, tapi di riba, InsyaAllah boleh.

Rasanya Izzahcolehah sudah ketemu tilam yang paling best.

Heaven!


percubaan seorang bayi




Alhamdulillah, dua hari lepas, Izzahcolehah sudah pandai meniarap tanpa bantuan!!

Umurnya baru 66hari.
Satu berita gembira buat ibu yang punya anak sulung.

Sekarang beliau dah pandai meniarap dan tengah berusaha nak bangun.

Kalau letak je atas riba, mesti dia berusaha keras untuk angkat bahu, leher dan kepalanya yang besar itu. Sampai kaki-kaki sekali terangkat.

"Izzah nak pegi mane sayang?huhu"

Alhamdulillah, Izzahcolehah, awak hebat. Ummi bangga.


Tapi sayang, abi tak dapat tengok bersama.

Sesi latihan meniarap bersama abi.




bom kecil



Alhamdulillah Izzah zinnirah sudah pandai tidur malam sejak beliau berumur 58hari.

Izzah akan mula tidur malam selepas isya, lebih kurang pukul 845pm, dan akan terjaga pukul 11pm, 3am dan 5am. Alhamdulillah semakin mudah nak pujuk tidur. Hanya dengan susu ataupun tepuk dan dodoikan dia.

Tak macam semasa pantang 44hari sebelum ni. Mengamuk dia malam2 setiap setengah jam.
Dan aku juga mengamuk.
Dalam diam.

Tapi malam semalam, izzah terjaga pukul 1130pm dan sampai pukul 2 pagi pun tak nak tidur.
Sembang dengan sape ntah sampai gelak-gelak nampak gusi.
Tekanan.
Bukan tertekan sebab dia tak mau tidur.
Tapi dengan siapa dia bergelak ketawa?
Mendatangkan keseraman pada aku.
Tekanan sebab takut =_="

Dan akhirnya dia tidur juga atas riba.
Tapi masalah satu sahaja.
Camne nak alihkan izzah supaya dia tak terjaga.
Sebab izzah sangat sensitif bunyi.

Argh. Rasa macam tengah alihkan bom.
Tahan nafas seboleh-bolehnya.
Alhamdulillah..berjaya.
Tu pun selepas percubaan ketiga.

Fuh.Lega.
Harus tidur segera.
Bukan mengantuk.
Tapi takut.


izzah zinnirah menulis karangan



Assalamualaikum wbt..

Nama saya Izzah Zinnirah.
Ummi saya suruh saya perkenalkan diri kat semua.

Nama : Izzah Zinnirah bt Noor Aiman

Tarikh lahir : 14-09-14
Tempat lahir : Kangar Perlis
Masa lahir : 20:14
Berat semasa lahir : 2.96kg

Hobi : Menguap, mengeliat, berkerut muka
Makanan kegemaran : Susu
Minuman kegemaran : Susu

Perkara yang disukai : tidur di bahu abi, menendang bantal hingga jatuh katil, didukung
Perkara yang tidak disukai : bedung, selimut, bunyi bising, syaiton

Kepakaran : Buatkan ummi saya menangis semasa saya tidak berhenti menangis dan semasa saya sakit

Harapan : Harap dapat berkawan dengan anak mak cik Che Ta yang comel tu.. =p dan semua orang

Ucapan : Pecah kaca, pecah gelas. Lepas baca, harap balas..

Rabu, 19 November 2014

setahun..

Assalamualaikum..

Subhanallah, MasyaAllah, Tabarakallah..
Hampir setahun tidak menulis rupanya..
Sejak kes mengidam kek gulung dan donat itu.. =_="
*terkejut dengan diri sendiri*

Bukan ape.
Masa berlalu terlalu pantas.

Teringin kek gulung itu ada maksud rupanya.
Memang mengidam sebab pembawaan baby dalam perut.

Dan..er.. baby tu pun dah selamat keluar 14 september 2014 yang lepas..
Sudah 2 bulan.

Bakal diceritakan kisahnya nanti.
Susah menaip menggunakan smartphone.
Phone memang smart.
Tuannya kurang sedikit.
*stress dua minit*