Izzah memang suka didukung selalu. Terutama pabila dia nangis.
Ya, izzah kerap didukung dan didodoi. Sehinggalah seorang mak saudara tegur supaya jangan biasakan dukung izzah, nanti kita tak boleh buat kerja.
Terkedu sekejap.
Dan hanya membalas dengan senyuman.
Sedih.
Takkan nak dibiarkan bayi kecil menangis?
Pernah suatu ketika, izzah ditahan di wad kerana kuning.
Suami mohon aku tinggal di wad bersama izzah.
Mulanya aku agak keberatan kerana sakit bersalin belum pulih memandangkan baru bersalin dua hari sebelumnya.
Dan, aku teruskan juga berada di wad bersama izzah.
Memang agak sukar, dengan pergerakkan terbatas, tiada bantuan dan sokongan suami/ keluarga malah izzah kerap menangis dan kuat menyusu.
Ingat lagi.
Sejam sahaja aku tidur malam tu.
Letih. Sangat letih.
Tapi, itulah saat yang aku takkan lupakan sampai bila2.
Aku puas sebab sentiasa ada dengan izzah.Alhamdulillah..
Sepanjang duduk di wad, pilunya hati tengok bayi2 yang lain, tanpa ibubapa menangis sepanjang masa.
Nurse takkan datang ambil dan dodoikan tidur.
Mereka hanya akan bagi susu 3/4 jam sekali. And that's it.
Allahurabbi...luluh hati ni bila tengok bayi2 tu menangis dan meraung. Sedihnyaaa...
Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk duduk di samping izzah walaupun tengah sakit.
Sekurang-kurangnya aku boleh tenangkan izzah ketika dia menangis.
Tak sanggup rasanya memikirkan jika izzah dibiarkan menangis macam tu...Allah...=(
Bayi2 itu memang akan berhenti menangis, tapi...sebab penat..Allah sedihnya. Tak sanggup dengar. Nurse pun buat xtahu sahaja. Dah lali mungkin.
Tapi, apa salahnya angkat dan tepuk2 sekejap. Pasti kita juga punya nilai kemanusiaan bukan? =(
Aku dan para ibu yang ada pun hanya boleh pergi dan bisik2 pujuk2 je dekat baby tu. Nak pegang, xpasti sakit apa. Nanti jadi lagi teruk pulak kalau memandai.
Ibu-ibu, kalau ada anak yang sakit, teruterutamanya bayi yang baru lahir, ambillah cuti dan duduk disampingnya.
Bayi cuma nak rasa selamat dan hangat didalam pelukan ibu..
Jangan biar mereka menangis teruk macamtu....=(