one step can bring a big change. there's a choice. you choose. may your choice brings you closer to 'HIM'
Khamis, 9 April 2015
sebenarnya dia suamiku part 1
Suami...
Dialah yang paling bersabar denganku. =)
Dia denganku sangat jauh berbeza.
Kami berkahwin pun hanya ambil masa 6 minggu uruskan semuanya.
Alhamdulillah Allah mudahkan semudah-mudahnya.
3 bulan kahwin pun masih tak sangka sudah halalan toyyiba..hihi.
Aku juga masih dalam proses taaruf.
Perbezaan kami memang sangat banyak.
1- suami sangat suka radio klasik/ hindi, aku pula suka mix fm/ hot fm. Tapi kami sudah setuju untuk dengar ikim fm bersama atau buka ceramah yang telah di download.
2- suami dulu semasa di usm, dia banyak pegang jawatan ketua dan berada di barisan hadapan. Aku pula, lebih suka buat kerja di belakang tabir.
3- suami gila mikrofon. Aku pula mic-phobia. Fobia tengok mikrofon. Boleh migren dibuatnya.
4- suaranya memang lunak. Lenggok suara dengan semua jenis balaghah sedap didengar. Alhamdulillah. Aku kalau nyanyi satu ton je. Pernah nyanyi lagu faizal tahir kat dia.Lagu selamat malam. Daripada mata tertutup nak tidur, terus terbuka dengar aku nyanyi. Bangun semata-mata nak gelakkan aku. Sampai sekarang masih kena bahan dengan beliau. =_=
5- kalau bab rancangan tv, dia suka sangat tengok cerita melayu/ hindustan. Aku pulak sangat anti dua2 tu. Lebih suka tengok korea/ jepun / hong kong. Tapi kami bersetuju untuk tengok hbo / tv hijrah bersama.
6- suami kalau bab lirik, memang beliau fail. Aku yang akan betulkan semua liriknya. Dia hentam lirik baik punya.stress pula aku dengar sebab semua lirik berterabur.nasib suara sedap =_=!!
7- kalau bab makan/minum, dia memang akan order kategori pelik. Bagiku, air durian, kuih2 yang jarang aku tengok, tokayaki (betul ke ejaan ni?) dah dikira pelik. Semua makanan yg jarang aku makan, memang bagiku pelik.atau aku yang pelik? ( i`m not weird, I'm limited edition =p)
8- ayah suami bekas tentera dan dia memang dah ditrain sebagai anak tentera sejak kecil. Dan dia juga pernah bersekolah di RMC. Aku juga bekas "tentera" plkn =p
9. Background suami adalah sastera, manakala background aku adalah sains.
10- kami kalau tidur lewat sebab "temankan" izzah main, akan buka tv untuk hilangkan mengantuk. Tapi dia memang suka bukak scary movies. Aku pulak pantang kalau tengah malam bukak movie tu. Boleh merajuk setahun.
To be continued.
Sabtu, 4 April 2015
honeymoon
Musim ni, ramai yang mendirikan masjid..Alhamdulillah tahniah kepada pasangan pengantin.=)
Dan ramai juga yang upload gambar honeymoon..
Pergh...jeles sikit. Sebab tak pernah pergi honeymoon.
Teringat masa kahwin dulu.
3 hari tergagap nak panggil abang selepas sah akad.
Aa ..aaa..aaa..
last2 "awak" juga yang keluar.haha.
Padahal dia, pagi pertama selepas kahwin dah buat aku merah muka.sangat.
Panggil aku sayang.(?!!!)
Depan mak ayah kot.
Aduh agak2 laaa...haha =_=
Kami tak p honeymoon.
Cuti tak lama.
Tapi dia selalu bawak aku pergi kuliah agama.
Tu lagi sweet rasanya...=)
Alhamdulillah ala kulli hal.
Dah ada izzah ni, teringin lak nak keluar berdua..
Si dia nampaknya nak bawak isterinya yang sorang ni pergi honeymoon...
Excited pulak rasa =D
Tapi...tu semua hanya plan.
Ada rezeki, bolehla pergi...^^
Langgan:
Catatan (Atom)

