one step can bring a big change. there's a choice. you choose. may your choice brings you closer to 'HIM'
Khamis, 9 April 2015
sebenarnya dia suamiku part 1
Suami...
Dialah yang paling bersabar denganku. =)
Dia denganku sangat jauh berbeza.
Kami berkahwin pun hanya ambil masa 6 minggu uruskan semuanya.
Alhamdulillah Allah mudahkan semudah-mudahnya.
3 bulan kahwin pun masih tak sangka sudah halalan toyyiba..hihi.
Aku juga masih dalam proses taaruf.
Perbezaan kami memang sangat banyak.
1- suami sangat suka radio klasik/ hindi, aku pula suka mix fm/ hot fm. Tapi kami sudah setuju untuk dengar ikim fm bersama atau buka ceramah yang telah di download.
2- suami dulu semasa di usm, dia banyak pegang jawatan ketua dan berada di barisan hadapan. Aku pula, lebih suka buat kerja di belakang tabir.
3- suami gila mikrofon. Aku pula mic-phobia. Fobia tengok mikrofon. Boleh migren dibuatnya.
4- suaranya memang lunak. Lenggok suara dengan semua jenis balaghah sedap didengar. Alhamdulillah. Aku kalau nyanyi satu ton je. Pernah nyanyi lagu faizal tahir kat dia.Lagu selamat malam. Daripada mata tertutup nak tidur, terus terbuka dengar aku nyanyi. Bangun semata-mata nak gelakkan aku. Sampai sekarang masih kena bahan dengan beliau. =_=
5- kalau bab rancangan tv, dia suka sangat tengok cerita melayu/ hindustan. Aku pulak sangat anti dua2 tu. Lebih suka tengok korea/ jepun / hong kong. Tapi kami bersetuju untuk tengok hbo / tv hijrah bersama.
6- suami kalau bab lirik, memang beliau fail. Aku yang akan betulkan semua liriknya. Dia hentam lirik baik punya.stress pula aku dengar sebab semua lirik berterabur.nasib suara sedap =_=!!
7- kalau bab makan/minum, dia memang akan order kategori pelik. Bagiku, air durian, kuih2 yang jarang aku tengok, tokayaki (betul ke ejaan ni?) dah dikira pelik. Semua makanan yg jarang aku makan, memang bagiku pelik.atau aku yang pelik? ( i`m not weird, I'm limited edition =p)
8- ayah suami bekas tentera dan dia memang dah ditrain sebagai anak tentera sejak kecil. Dan dia juga pernah bersekolah di RMC. Aku juga bekas "tentera" plkn =p
9. Background suami adalah sastera, manakala background aku adalah sains.
10- kami kalau tidur lewat sebab "temankan" izzah main, akan buka tv untuk hilangkan mengantuk. Tapi dia memang suka bukak scary movies. Aku pulak pantang kalau tengah malam bukak movie tu. Boleh merajuk setahun.
To be continued.
Sabtu, 4 April 2015
honeymoon
Musim ni, ramai yang mendirikan masjid..Alhamdulillah tahniah kepada pasangan pengantin.=)
Dan ramai juga yang upload gambar honeymoon..
Pergh...jeles sikit. Sebab tak pernah pergi honeymoon.
Teringat masa kahwin dulu.
3 hari tergagap nak panggil abang selepas sah akad.
Aa ..aaa..aaa..
last2 "awak" juga yang keluar.haha.
Padahal dia, pagi pertama selepas kahwin dah buat aku merah muka.sangat.
Panggil aku sayang.(?!!!)
Depan mak ayah kot.
Aduh agak2 laaa...haha =_=
Kami tak p honeymoon.
Cuti tak lama.
Tapi dia selalu bawak aku pergi kuliah agama.
Tu lagi sweet rasanya...=)
Alhamdulillah ala kulli hal.
Dah ada izzah ni, teringin lak nak keluar berdua..
Si dia nampaknya nak bawak isterinya yang sorang ni pergi honeymoon...
Excited pulak rasa =D
Tapi...tu semua hanya plan.
Ada rezeki, bolehla pergi...^^
Jumaat, 27 Mac 2015
sayang
Harini terbaca berita bayi melecur di mulut akibat diberi susu panas..
Allahurabbi...
Bayi seusia izzah, 6 bulan...
Tak sanggup rasanya tengok gambar bayi tersebut.
Banyak sangat kes berkaitan penderaan kanak-kanak...
Aku sanggup berhenti belajar (PhD) sebab nak jaga izzah sendiri.
Sepanjang menjaga bayi, memang perlukan kesabaran yang tinggi.
Aku khuatir tiada penjaga yang akan jaga izzah sebaik ibunya sendiri.
Bukan aku menafikan tugas para pengasuh di luar sana. Cuma biarlah izzah dibawah jagaan umminya.
Pabila buat keputusan berhenti belajar, memang dapat tentangan daripada keluarga.
Sedih.
Alhamdulillah suami izinkan.
Cuma, kena tahan telinga bila orang berkata tentang aku yang tidak bekerja.
Biarlah.
Hati lebih senang tengok izzah depan mata.
Dia masih kecil.
Izzah, ummi sayang izzah.
Khamis, 26 Mac 2015
bayi menangis; angkat atau biarkan? part 2
Sedikit perkongsian daripada fb Baby Language.
Antara 'amaran' yang sering diberikan terhadap para ibu baru adalah: Jangan kerap mengangkat atau mendukung bayi. Nanti bayi asyik mahu di dukung sahaja!:
Ketahuilah, ia adalah antara mitos keibubapaan tertua dan paling terkenal sehingga ke hari ini namun paling tidak berasas!.
Bagaimana mungkin bayi kecil yang tidak tahu perkara asas seperti beza siang dan malam akan cukup 'cerdik' untuk berfikir memanipulasi tangisannya untuk mendapatkan perhatian?. Lebih-lebih lagi bayi tidak belajar dan berfikir untuk menangis. Menangis adalah refleks!.
Dan anggapan bahawa menghadkan respon dengan membiarkan bayi menangis supaya dia belajar mententeramkan diri sendiri dan berdikari adalah tidak benar sama sekali!. Ya, pada akhirnya bayi akan diam namun bukan kerana dia faham yang anda sedang cuba mengajarnya berdikari. Tetapi kerana dia sudah letih!.
Ketahuilah, tiada istilah kasih sayang berlebihan (lavish love) hanya kerana anda banyak mendukung, mengangkat, mencium atau merespon pada setiap tangisan bayi kecil anda. Mengapa? Kerana ketika di dalam rahim, bayi anda telah mendapatkan kesemua yang dia perlukan untuk kekal bertenang: rasa bagai di peluk selalu hasil himpitan dinding rahim dan ruangnya yang sempit, didendangkan dengan bunyian semulajadi rahim yang hipnotik, merasa bagai di dodoi dan di hayun selalu setiap kali ibu bergerak malah, mereka tak perlu menangis atau berbunyi apa pun untuk meminta makanan!.
Sejurus di lahirkan, kesemua 'keselesaan' itu telah di 'rampas' dari mereka sekurang-kurang nya sehingga 50% kurang!. Andaikan ada mana-mana ibu yang mampu menggendong atau mendukung atau mendodoi bayi mereka 12 jam dalam sehari pun tanpa henti, bukankah ia masih kekurangan sebanyak 50% dari apa yang alam rahim telah sediakan untuk 24 jam selama 9 bulan?
Maka, pakar kebanyakkannya bersetuju bahawa pada 1 tahun pertama kehidupan bayi, kemahuan dan keperluan adalah dua perkara yang sama. Maka responlah pada tangisan dan resah bayi anda tanpa gagal dan tanpa risau. Jika kita semua memerlukan tempoh orientasi atau tempoh percubaan ketika memasuki asrama, kolej, universiti dan tempat kerja baru untuk membiasakan diri, maka 1 tahun pertama adalah tempoh orientasi bayi dengan masa kritikal pada 3-5 bulan pertama. Apa yang mereka perlukan pada 1 tahun pertama ini adalah binaan hubungan ibu-anak yang utuh dan penuh rasa percaya. Anda punya banyak lagi tahun-tahun mendatang untuk proses mendisiplin, mengajar atau menghadkan apa yang boleh dan tak boleh kepada anak. Usahlah terburu-buru!.
Kerana itu, salah satu kajian paling bersejarah dalam aspek keibubapaan yang terkenal pada tahun 1970 oleh pasangan Dr. Bell & Dr. Ainsworth dari University John Hopkins ke atas 2 kumpulan bayi : iaitu kumpulan A yang mendapat respon segera dan tanpa gagal dari penjaganya dan kumpulan B yang mendapat respon terhad serta berjadual. Kesemua bayi di perhatikan selama 1 tahun. Hasilnya, bayi dari kumpulan A di dapati membesar sebagai bayi yang lebih gembira, lebih mudah berkerjasama dan di uruskan serta kurang merengek berbanding bayi B. Ini kerana bayi kumpulan A telah 'pelajari' bahawa mereka hanya perlu menangis atau berisyarat 'sekadarnya' sahaja kerana ibu pasti datang. Manakala bayi B telah 'pelajari' bahawa tangisan dan isyarat mereka tidak cukup kuat untuk layak mendapat perhatian penjaganya maka mereka harus menangis lebih kuat atau mengamuk pada kebanyakkan masa.
Antara 'amaran' yang sering diberikan terhadap para ibu baru adalah: Jangan kerap mengangkat atau mendukung bayi. Nanti bayi asyik mahu di dukung sahaja!:
Ketahuilah, ia adalah antara mitos keibubapaan tertua dan paling terkenal sehingga ke hari ini namun paling tidak berasas!.
Bagaimana mungkin bayi kecil yang tidak tahu perkara asas seperti beza siang dan malam akan cukup 'cerdik' untuk berfikir memanipulasi tangisannya untuk mendapatkan perhatian?. Lebih-lebih lagi bayi tidak belajar dan berfikir untuk menangis. Menangis adalah refleks!.
Dan anggapan bahawa menghadkan respon dengan membiarkan bayi menangis supaya dia belajar mententeramkan diri sendiri dan berdikari adalah tidak benar sama sekali!. Ya, pada akhirnya bayi akan diam namun bukan kerana dia faham yang anda sedang cuba mengajarnya berdikari. Tetapi kerana dia sudah letih!.
Ketahuilah, tiada istilah kasih sayang berlebihan (lavish love) hanya kerana anda banyak mendukung, mengangkat, mencium atau merespon pada setiap tangisan bayi kecil anda. Mengapa? Kerana ketika di dalam rahim, bayi anda telah mendapatkan kesemua yang dia perlukan untuk kekal bertenang: rasa bagai di peluk selalu hasil himpitan dinding rahim dan ruangnya yang sempit, didendangkan dengan bunyian semulajadi rahim yang hipnotik, merasa bagai di dodoi dan di hayun selalu setiap kali ibu bergerak malah, mereka tak perlu menangis atau berbunyi apa pun untuk meminta makanan!.
Sejurus di lahirkan, kesemua 'keselesaan' itu telah di 'rampas' dari mereka sekurang-kurang
Maka, pakar kebanyakkannya bersetuju bahawa pada 1 tahun pertama kehidupan bayi, kemahuan dan keperluan adalah dua perkara yang sama. Maka responlah pada tangisan dan resah bayi anda tanpa gagal dan tanpa risau. Jika kita semua memerlukan tempoh orientasi atau tempoh percubaan ketika memasuki asrama, kolej, universiti dan tempat kerja baru untuk membiasakan diri, maka 1 tahun pertama adalah tempoh orientasi bayi dengan masa kritikal pada 3-5 bulan pertama. Apa yang mereka perlukan pada 1 tahun pertama ini adalah binaan hubungan ibu-anak yang utuh dan penuh rasa percaya. Anda punya banyak lagi tahun-tahun mendatang untuk proses mendisiplin, mengajar atau menghadkan apa yang boleh dan tak boleh kepada anak. Usahlah terburu-buru!.
Kerana itu, salah satu kajian paling bersejarah dalam aspek keibubapaan yang terkenal pada tahun 1970 oleh pasangan Dr. Bell & Dr. Ainsworth dari University John Hopkins ke atas 2 kumpulan bayi : iaitu kumpulan A yang mendapat respon segera dan tanpa gagal dari penjaganya dan kumpulan B yang mendapat respon terhad serta berjadual. Kesemua bayi di perhatikan selama 1 tahun. Hasilnya, bayi dari kumpulan A di dapati membesar sebagai bayi yang lebih gembira, lebih mudah berkerjasama dan di uruskan serta kurang merengek berbanding bayi B. Ini kerana bayi kumpulan A telah 'pelajari' bahawa mereka hanya perlu menangis atau berisyarat 'sekadarnya' sahaja kerana ibu pasti datang. Manakala bayi B telah 'pelajari' bahawa tangisan dan isyarat mereka tidak cukup kuat untuk layak mendapat perhatian penjaganya maka mereka harus menangis lebih kuat atau mengamuk pada kebanyakkan masa.
bayi menangis; angkat atau biarkan? part 1
Izzah memang suka didukung selalu. Terutama pabila dia nangis.
Ya, izzah kerap didukung dan didodoi. Sehinggalah seorang mak saudara tegur supaya jangan biasakan dukung izzah, nanti kita tak boleh buat kerja.
Terkedu sekejap.
Dan hanya membalas dengan senyuman.
Sedih.
Takkan nak dibiarkan bayi kecil menangis?
Pernah suatu ketika, izzah ditahan di wad kerana kuning.
Suami mohon aku tinggal di wad bersama izzah.
Mulanya aku agak keberatan kerana sakit bersalin belum pulih memandangkan baru bersalin dua hari sebelumnya.
Dan, aku teruskan juga berada di wad bersama izzah.
Memang agak sukar, dengan pergerakkan terbatas, tiada bantuan dan sokongan suami/ keluarga malah izzah kerap menangis dan kuat menyusu.
Ingat lagi.
Sejam sahaja aku tidur malam tu.
Letih. Sangat letih.
Tapi, itulah saat yang aku takkan lupakan sampai bila2.
Aku puas sebab sentiasa ada dengan izzah.Alhamdulillah..
Sepanjang duduk di wad, pilunya hati tengok bayi2 yang lain, tanpa ibubapa menangis sepanjang masa.
Nurse takkan datang ambil dan dodoikan tidur.
Mereka hanya akan bagi susu 3/4 jam sekali. And that's it.
Allahurabbi...luluh hati ni bila tengok bayi2 tu menangis dan meraung. Sedihnyaaa...
Alhamdulillah Allah gerakkan hati untuk duduk di samping izzah walaupun tengah sakit.
Sekurang-kurangnya aku boleh tenangkan izzah ketika dia menangis.
Tak sanggup rasanya memikirkan jika izzah dibiarkan menangis macam tu...Allah...=(
Bayi2 itu memang akan berhenti menangis, tapi...sebab penat..Allah sedihnya. Tak sanggup dengar. Nurse pun buat xtahu sahaja. Dah lali mungkin.
Tapi, apa salahnya angkat dan tepuk2 sekejap. Pasti kita juga punya nilai kemanusiaan bukan? =(
Aku dan para ibu yang ada pun hanya boleh pergi dan bisik2 pujuk2 je dekat baby tu. Nak pegang, xpasti sakit apa. Nanti jadi lagi teruk pulak kalau memandai.
Ibu-ibu, kalau ada anak yang sakit, teruterutamanya bayi yang baru lahir, ambillah cuti dan duduk disampingnya.
Bayi cuma nak rasa selamat dan hangat didalam pelukan ibu..
Jangan biar mereka menangis teruk macamtu....=(
Selasa, 17 Mac 2015
keep calm awak and dont sentap
Ada orang sentap dengan penulisan suami aku. Ini klako kan. =p
Tak semua suka kita.
Ada yang dengki.
Tapi dengki diam2.
Tu ok lagi.
Ada pulak yang memang sengaja cari gaduh.
Kenapa ya?
Hati kecilku sebagai isteri memang tercalar dan terasa pedih bila terbaca komen tak puas hati seseorang pada tulisan suamiku.
Hampir setiap tulisan suami, nampaknya membakar hatinya.
Pelik.
Manusia memang pelik.
Allah jadikan manusia dengan fizikal dan fikiran yang berbeza.
Jika tidak puas hati, bukankah lebih baik komen secara berilmiah?
Antara tips untuk menghadapi orang yang suka mencederakan emosi kita ialah..
1- abaikan selagi kita yakin kita sampaikan benda baik.
2- abaikan.
3- abaikan.
Ok..macam mana nak abaikan?
Senang je.
Anggap kutukan dia macam lalat yang sesat.
Sebelum lalat tu mencuri keceriaan hari kita, kita bunuh dulu dengan bom.
Biar dia terbakar dengan kepanasan sendiri.
Kita buat tak tahu.
Awak ni sikit-sikit nak sentap.
Awak memang kelako.
Ok.bai.

Khamis, 12 Mac 2015
maafkan diri ini
Andai kau kenal aku yang dulu, mohon tutup segala aibku..
Andai kau kenal aku semasa aku dalam proses berhijrah, mohon bantu aku bangun..
Andai kau masih bersama aku pada masa akan datang, mohon tegur kesalahan aku..
Jika diingat balik kejahilan dahulu, aku sangat malu..
Maafkan aku wahai sahabat andai pernah mengguris hatimu..
Aku....ikhlas memohon kemaafan..
Maafkan ku..
bayi juga cemburu
Baru-baru ni terdengar ceramah tentang didikan anak sejak kecil oleh Allahyarham Tok Guru Nik Aziz..
Kupasannya telah ditulis oleh incik suami dalam facebook beliau. Jadi tugas isteri sejati hanyalah copy paste post beliau.. =)
"Zaman skang pompuan pn kena keja..at least xde la nk mengharap duit suami je. And the most important thing is dapat meringankan beban suami"
Dulu-dulu aku nak sgt isteri bekerja bantu suami untuk tampung perbelanjaan rumah tangga.
Nak bayar duit kereta nya,
Duit sewa rumah nya,
Perbelanjaan dapur nya,
Keperluan2 peribadi keluarga nya,
Dan lain2.
Kalau gaji suami banyak xpe, sementara nak stabil, isteri kene bantu suami dulu.
Nanti dah betul2 stabil, xpela biar suami aje bekerja.
Waktu tu aku rasa begitu..
Tapi bila memutarkan koleksi2 kuliah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam kereta semasa nak pergi kerja atau berjalan kemana2, Allahyarham Tok Guru mengajar tafsir surah Al-Ahqaf : 17, fikiran aku telah terdidik.
Sangat kagum apabila ianya dikupas dengan begitu baik tentang penjagaan anak atau menghantar anak ke nursery.
Kata Allahyarham Tok Guru,
Pertama
Dalam masalah pembangunan manusia atau insan kene bermula dari anak kecik.
Islam minta ibu bapa untuk jaga anak ni waktu dia kecik lagi supaya budak kecik ni membesar dalam keadaan yang baik.
Sebab tu dalam ilmu psikologi, kita tengok sekarang ni ramai ibu bapak letak anak ke nursery sebab ibu bapak nak pi kerja.
Orang yang diamanahkan menjaga dan menjadi ibu ni dipanggil Ibu Sina'i iaitu ibu buat2.
Seorang ibu asuhan kene jaga 5 6 orang anak ikut kemampuan dia.
Sedangkan dari segi psikologinya, anak kecik dia tak boleh berebut-rebut mak.
Anak kecik ni, dia tak boleh tengok maknya diganggu oleh budak lain.
Sebab tu bila kita pi letak umah pengasuh ni, ibu yang jaga budak2 ni,
mula2 pegang anak A,
letak A pegang pula anak B,
letak B pegang pula anak C,
Jadi akhirnya budak ni bercelaru tak tau yg mana mak aku ni.
Budak kecik A marah kepada budak kecik B,
Budak kecik C marah kepada budak kecik A,
Bila mereka kene letak satu tempat diambil pulak anak kecik lain.
Jadi timbul perasaan dendam.
Kerana apa?
Mak dia diganggu oleh orang lain.
Kemudian budak-budak ni pun marah selalu, xpuas hati selalu.
Budak kecik ni tak kenal mana satu mak dia yg betul mana yg salah.
7.10pg muka mak aku macamni,
6.30ptg muka mak aku lain pulak.
Akhirnya budak ni timbul dendam, membesar dalam keadaan pemikiran tidak tenteram, bercelaru.
Masuk dapur berebuk lauk, main permainan berebut, pergi sekolah berebut buku, naik kereta mainan berebut tempat duduk dan sebagainya.
Jadi kecelaruan ini timbul hasil dari seorang ibu terpaksa kerja sendiri dan serah anak dia ni kepada pengasuh.
Pengasuh buatan.
Kedua,
Bila kita mandi anak, beri susu anak, hakikatnya kita didik jiwa dia,
Jiwa dia yang sedia ada lembut kita didik.
Berbeza seorang ibu kandung asuh anak dengan ibu pengasuh yg asuh anak kita.
Macam cikgu mengajar di sekolah.
Tak boleh ditukar2 sesuka hati.
Contoh,
Hari ni yang ajar matematik cikgu A, esok tukar cikgu ajar matematik cikgu B, lusa tukar cikgu matematik cikgu C.
Budak2 hilang arah tuju. Mana satu yang perlu ikut.
Sebab tu satu cara bijak adalah cikgu tak boleh tukar atas satu-satu mata pelajaran.
Kalau budak besar dah, nak tukar cikgu pelajaran boleh jadi mereka keliru, ganggu fikiran mereka, inikan pulak budak kecik.
Budak kecik, malam muka mak lain, suara lain, cara peluk lain, cara belai lain, cium cara lain.
Pergi tempat pengasuh pulak, muka mak lain, suara lain, cara peluk lain, cara belai lain, cara cium lain.
Akhirnya budak ni celaru dari kecik sampai ke besar.
Disebabkan ini, Islam meletakkan bahawa bila seorang laki kawin, wajib atas laki nafkah kepada isteri.
Tengok bijaknya Islam.
Tak bijak kenapa sedangkan Islam itu mari dari Allah,
Allah buat Islam,
Allah buat budak kecik,
Allah juga buat otak dia,
Allah juga buat fikiran dia,
Allah juga buat emosi dia.
Dengan sebab itu, Islam meletakkan bila seorang laki kawin, wajib atasnya jaga nafkah isteri.
Kain pakai,
Makan minum,
Rumah tangga,
dan lain2.
Dengan itulah kita kena terima Islam sebagai cara hidup kita.
Kerana Islam dah beri landasan yang cukup lengkap untuk manusia ikut.
p/s : Satu pendedahan ilmu yang sgt baik kepada aku sebagai seorang suami dan ayah.
wanita solehah itu..
Baby izzahsigadissyurga
wanita solehah tak banyak mengeluh,
tak banyak bicara,
pemalu bak semalu,
jalannya tak menghentak,
jadi buruan lelaki luar biasa, ibarat tongkat si buta mmbantu suami dan zuriat memandu kehidupan..
perhiasan duniawi..
siapa mendapatnya itulah paling berharga selepas iman dan islam.
- ustaz zawawi -
rendahkan hatimu
Terdapat satu kisah seorang ulama sufi bernama Hassan al-Basri dengan seorang pemuda berdua-duaan dengan seorang wanita.
Suatu hari di tepi sungai Dajlah, Hassan al-Basri melihat seorang pemuda duduk berdua-duaan dengan seorang wanita. Di sisi mereka terletak sebotol arak. Lalu Hassan berbisik "Alangkah jahatnya orang itu dan alangkah baiknya kalau dia seperti aku!"
Tiba-tiba Hassan melihat sebuah perahu di tepi sungai yang sedang tenggelam. Lelaki yang duduk di tepi sungai tadi segera terjun untuk menolong penumpang perahu yang hampir lemas. Enam dari tujuh penumpang itu berjaya diselamatkan.
Kemudian dia berpaling ke arah Hassan al-Basri dan berkata, "Jika engkau memang lebih mulia daripada saya, maka dengan nama Allah, selamatkan seorang lagi yang belum sempat saya tolong. Engkau diminta untuk menyelamatkan satu orang saja, sedang saya telah menyelamatkan enam orang."
Bagaimanapun Hassan al-Basri gagal menyelamatkan yang seorang itu. Maka lelaki itu bertanya padanya. "Tuan, sebenarnya wanita yang duduk di samping saya ini adalah ibu saya, sedangkan botol itu hanya berisi air biasa, bukan arak. Ini hanya untuk menguji tuan."
Hassan al-Basri terpegun lalu berkata, "Kalau begitu, sebagaimana engkau telah menyelamatkan enam orang tadi dari bahaya tenggelam ke dalam sungai, maka selamatkanlah saya dari tenggelam dalam kebanggaan dan kesombongan."
Orang itu menjawab, "Mudah-mudahan Allah mengabulkan permohonan tuan."
Semenjak itu, Hassan al-Basri selalu merendahkan diri bahkan ia menganggap dirinya sebagai makhluk yang tidak lebih dari orang lain.
Sabtu, 28 Februari 2015
izzah dan bunyi
Izzahsigadissyurga sangat sensitif bunyi. Sangat2.
Kalau dia dah start tidur jangan berani buat bising..kalau tak, boleh jadi gaduh besar.
Penat2 aku tidokan dia, kau senang2 buat bising..
Bersin x boleh
Batuk x boleh
Gerak sikit x boleh
Tutup suis lampu x boleh
Jalan atas tikar x boleh
Bunyik sendi tulang masa nak duduk pun x boleh!! Haha =_=
Kalau dia buat bising xpa pulak.
Ummi abi dah penat sangat, diajaknya bersembang.
Aduh anak syurga ni....
Ini bukan rungutan.
Tapi hiburan yang membahagiakan. =D
Mungkin personaliti izzahsigadissyurga adalah audio..jenis yang mendengar..
Nanti nak baca semula buku Personality Plus.
Ilmu parenting.
Pernah belajar dulu dgn ust Iimran. Kena ingat balik.
Nanti boleh share.
=D
baby golek
Izzahsigadissyurga dah pandai bergolek hingga ke hujung dunia.
Meniarap Alhamdulillah dah pandai sejak berumur 3/4 bulan. Cuma sekarang nak merangkak ke depan.
Tapi disebabkan tak pandai lagi, jadinya dia tergolek ke sisi. Cuba lagi. Tapi ke sisi jugak tergoleknya sampaila ke hujung toto. Baby kecik yang tergolek memang series comel!
Alhamdulillah kitorang tak tido atas katil. Agak bahaya. Tidur pun nak golek-golek ke sisi juga. Habis kepala sondol abi, kaki tendang perut ummi. Alahai bertuah! Nasib baik perut ummi tak da baby. 360° pusingnya. =_=!!
Sekarang kadang-kadang mengada tahap dewa. Malam2 nak tidur sambil menyusu dan sambil abi mengurut belakang badannya. Baru senyap dan terkelip2 bahagia. Kalau tak, sambil menyusu pun dok kayuh basikal (menendang2) dan tangan dok garu sana sini. Memang tak boleh dok diam.
Tapiiiiii....nilah sebenarnya saat bahagia bersama anak dan suami..nikmat jaga anak syurga..
Alhamdulillah...Alhamdulillah..=D
Rabu, 18 Februari 2015
panduan untuk isteri solehah
TATAPAN BERSAMA RUMATANGGA YG DBINA OLEH TOK GURU: LUAHAN HATI ISTERI TOK GURU.
PERMERGIAN insan tersayang yang berkongsi hidup selama 53 tahun sudah pasti memberi kesan hebat kepada diri seseorang, apatah lagi insan itu seorang suami penyayang yang lebih dikenali sebagai Tok Guru, juga menjadi pemimpin disayangi ramai, di dalam dan luar negara.
Ikuti luahan hati DATIN TUAN SABARIAH TUAN ISHAK, isteri bekas Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam wawancara eksklusif bersama wartawan Sinar Harian, ROSMIZA KASIM dan SITI FATIHAH AWANG di kediaman beliau sehari selepas pemergian suami yang dicintai itu.“Nanti abang tak dok (meninggal dunia) lepas ni, sapo nak jago Yah,” itulah kata-kata yang membuatkan hati saya sedih dan sayu apabila mengenangkan suami yang baru sehari meninggalkan saya buat selama-lamanya.
Kata-kata abang itu yang diluahkan tiga hari sebelum meninggal dunia, ketika dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) itu saya sambut dengan senyuman, sambil memegang tangan insan yang selama ini berkongsi hidup suka dan duka dengan saya.
Sambil menggenggam tangan abang, saya kata “anak-anak kita kan ada, mereka boleh jaga saya sampai bila-bila. Abang janganlah risau,” walaupun dalam hati saya ketika itu sebak tidak terkata.
(Perasaan yang ditanggung itu diluahkan Tuan Sabariah sambil menyapu air mata dengan tisu yang dihulurkan saudara-mara yang datang menziarahi keluarganya di kediamannya).
Kini, anak-anaklah yang akan menjadi peneman saya, menghilangkan kesunyian hidup saya. Walaupun baru sehari, saya mengakui saya sangat merindui beliau.
Dengan izin, hari ini (semalam) saya dan semua anak-anak awal-awal pagi lagi ke kubur. Dalam keadaan sayu hati dan reda dengan ketentuan ALLAH SWT, saya sedekahkan Al-Fatihah dan ayat suci al-Quran kepada suami tercinta di perkuburannya.
Saya reda dan saya juga tidak 'berhutang' apa-apa lagi dengan abang. Saya memang menjaga abang sepenuh hati saya sebagai seorang isteri sebagaimana yang abang mahukan selama ini, walaupun saya juga kadang kala diuji dengan kesihatan yang tidak menentu.
Sebelum ini, makan, minum dan pakaian abang dijaga dengan baik. Makanan sentiasa terhidang untuk suami tersayang dan tidak pernah sekalipun saya menyuruhnya mengambil sendiri.
Cuma, saya perasan satu kelainan kerana beberapa bulan lalu, abang kadangkala menyediakan sendiri minumannya tanpa bantuan saya.
Saya menghormati abang, memang abang seorang insan istimewa yang tiada galang gantinya bagi saya. (Beliau terus menyapu air mata dan kemudiannya cuba memujuk diri dengan melemparkan senyuman kepada hadirin).
Biarpun abang seorang menteri besar dan pemimpin masyarakat, namun abang bukanlah seorang yang cerewet, terutamanya dalam soal memilih makanan.
Senang sangat, malah saya yakin setiap isteri di dunia ini mengimpikan seorang suami yang 'mudoh baso' (senang kira) malah tidak keterlaluan jika saya katakan, saya antara yang bertuah kerana memiliki abang.
Masakan kampung memang menjadi keutamaan abang. Sedap atau tidak bukanlah satu kepentingan. Apa yang pasti, itulah menu pilihan, tambahan pula jika disajikan dengan ikan darat, ditambah pula kuih paling digemari, lompat tikam serta jala emas.
(Mengimbas semula kisah hidupnya sebagai suami isteri, Tuan Sabariah juga memberitahu setiap malam dia akan mengurut dan menyapu minyak di tubuh Tok Guru sebelum tidur).
Sentiasa saya ingat, kata-kata abang yang memberitahu, tidak ada harta yang banyak boleh ditinggalkan untuk anak-anak. Semuanya sudah diberikan. Harta yang dimaksudkan adalah ilmu untuk menjadikan anak-anak yang soleh, berguna kepada agama dan bangsa.
Memang abang pentingkan ilmu kepada anak-anak, kerana baginya, ilmulah darjat yang paling tinggi di akhirat.
Itulah yang sentiasa menjadi pesanan abang kepada semua anak-anak.
Bukan sahaja pentingkan ilmu, malah abang juga seorang yang penyayang. Masih terbayang-bayang lagi tiga hari sebelum abang menghembuskan nafas terakhir, kami ketawa bersama apabila dia mengenyit mata kepada saya ketika terbaring di katil hospital.
Malah saya membalasnya dengan senyuman yang penuh ikhlas dari hati saya sambil menggenggam tangannya.
Walaupun ketika itu abang tidak gagah namun abang masih lagi memujuk hati saya dengan bersikap demikian kerana abang tahu, saya terlalu risaukan kesihatan abang.
Saya kagum kerana abang masih lagi (berusaha) menghiburkan saya walaupun dalam keadaan uzur.
Saya sangat bersyukur kerana dikurniakan seorang suami yang baik, biarpun dalam keadaan terlantar, masih lagi menjaga batas-batas saya sebagai seorang Muslim.
Pernah satu ketika, saya bercakap dengan seseorang. Pada mulanya abang hanya menghentak tangannya pada saya dengan perlahan, tapi lama-lama semakin kuat.
Rupa-rupanya abang tidak suka saya bercakap perkara yang tidak sedap didengar di telinganya.
Sampai begitu sekali dia sayangkan saya, supaya saya tidak buat perkara yang merugikan, malah abang sering berpesan ia adalah kebaikan untuk dijadikan contoh kepada anak-anak.
Ini juga yang patut dicontohi dan saya amat bersyukur semasa dalam keadaan sakit dan tidak bermaya, abang masih lagi bangun sepertiga malam untuk bertahajud.
Sangat tersentuh hati saya apabila kira-kira jam 3 pagi saya mendengar abang sedang membaca ayat-ayat suci al-Quran ketika bertahajud dan pernah satu ketika, bacaannya agak kuat kerana sengaja untuk bangunkan saya daripada tidur.
Memang inilah amalan abang sejak dulu lagi, malah tidak pernah abang abaikan dan mengeluh penat untuk melaksanakannya, walaupun kadangkala balik lambat sehingga jam 2 pagi (sewaktu menjadi menteri besar) pun.
Bertahajud tetap menjadi keutamaannya.
Pernah juga abang bergurau, “Pahala solat sunat abang lakukan ini tidak boleh berkongsi dengan Yah, amalan masing-masing. Jadi kita kena sentiasa beribadah”.
Walaupun nada nya bergurau, tapi saya tahu pesanannya itu adalah daripada seorang suami yang mahukan yang terbaik buat isterinya.
Abang memang utamakan solat. Setengah jam sebelum masuk waktu abang akan bersedia dengan wuduk dan saya masih ingat perumpamaan yang ditujukan kepada saya mengenai solat. Katanya, seperti menghadiri majlis kenduri, jika lewat datang sudah pasti lauk-pauk tidak akan cukup lengkap. Katanya sama juga dengan solat, jadi jangan tangguh-tangguhkan.
(Sekali lagi air mata Tuan Sabariah mengalir dan tetamu yang berada di ruang tamu juga kelihatan sayu sambil kedengaran tangisan kecil apabila berkongsi mengenai baju paling disukai oleh Tok Guru yang digayakan oleh isterinya.
Keadaan menjadi lebih sayu dan masing-masing memandang Tuan Sabariah apabila baju kegemaran Tok Guru itu dipakai sehari selepas pemergian Allahyarham, sambil tangannya digenggam erat oleh penulis)
Baju inilah (baju kurung kain kapas krim berbunga kecil) yang abang paling suka saya pakai, malah sering memuji corak yang katanya begitu sesuai dengan saya. Abang tidak suka saya pakai baju warna terang dan bunga besar dan banyak, tetapi tidak pula pernah melarang ataupun menegur sehingga saya berkecil hati.
Pernah juga baju pemberian rakan terpaksa disimpan walaupun hanya beberapa kali dipakai.
Ini kerana abang pernah menegur saya secara bergurau, “Yah nampak tua pakai macam itu." Saya hanya membalas dengan ketawa dan terus menyimpan baju itu dan tidak dipakai lagi.
Bagi saya, apa yang terbaik untuk abang adalah yang terindah bagi saya. Walaupun hal pakaian adalah perkara remeh bagi sesetengah isteri, namun itulah keutamaan bagi saya untuk menjadi isteri yang patuh kepada suami.
👆👆👆👆ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜

masih terasa
Sesungguhnya pemergian TGNA masih terasa.
Di Facebook, masih ramai yang share tentang kisah dan amanat beliau.
Ya, aku yakin ramai lagi diluar sana yang merinduinya.
Abi izzahsigadissyurga juga menitik air matanya setiap kali terbaca tentang kisah arwah.
Berkali-kali dia mengajak untuk ziarah ke kubur ulama` dan akan sentiasa bercerita tentang kisah hidup ulama` termasuk arwah TGNA kepada izzahsigadissyurga..
Moga anakku terdidik dengan sentiasa mencintai ulama` dan orang-orang yang soleh..aamiin..
Jumaat, 13 Februari 2015
Berat
Hati terasa bagai direnggut menerima perkhabaran pemergian Tok Guru..
Tiada kata yang mampu diucapkan melainkan innalillahi wa inna ilaihirajiuun..
Hati ini sungguh...terasa berat.
Berat sangat menerima kehilangan ini.
Aku tidak pernah berjumpa dengannya. Hanya pernah singgah dua kali di rumahnya di Kelantan.
Terasa berat.
Sangat berat.
Tenanglah engkau di sana.

Langgan:
Catatan (Atom)