..::doakan saya andai saya sudah tiada...http://nurulfarah611.blogspot.com::..

Khamis, 20 November 2014

nikmat bersalin

Hari ini terasa sedikit syahdu pabila terpandang wajah izzah zinnirah si gadis syurga..
Jangan disoal kenapa kerana aku juga tiada jawapan..
Perempuan memang sukar ditafsir emosinya..
Kesian incik suami.
Mesti keliru dengan kecelaruan emosiku..

Pengalaman dalam labour room adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan sampai bila-bila.

Teringat lagi, 12 September, Jumaat, tarikh due. 
Aku ke hospital ditemani suami dan mak.
Ditahan di wad. Sepatutnya kena induce, Dr tidak mahu melebihi tarikh ini. 
Tapi Dr pakar cadangkan untuk aku deliver normal tanpa perlu induce.
Tinggallah aku sendirian di wad bersama pesakit lain.
Sedih sebab waktu macam ni sangat perlukan suami.
Hinggalah hari ke-3, Dr pakar mencadangkan aku diinduce.

Ahad. 14 september.
340pm aku dibawa ke labour room. Tiada tanda sakit contraction lagi. Bukaan pun baru 3cm.

Mulanya suami yang meneman.
Suami nampak lebih gelisah daripada aku.
Disebabkan kakitangan tidak cukup, aku dipindahkan ke labour room yang dikongsi ramai.
Kali ni, mak yang meneman.

Mulanya aku tak nak mak ada sebab aku tak suka tunjuk kesakitan depan mak. 

Tapi akhirnya tangan mak juga yang aku pegang sepanjang dalam labour room.

Sejak aku diinduce, kesakitan mula terasa. Pada saat ni, aku hanya mampu sebut mak dengan Allah sahaja.

Mak sangat banyak tenangkan aku. Dia minta aku baca doa nabi yunus dan pujuk aku kesakitan ni banyak pahala Allah nak bagi.

Sebak sekejap semasa tulis tentang mak. =`(
Mak banyak kuatkan aku.
Betul kata orang, utk pertama kali bersalin, sangat perlukan suami di sisi untuk sokongan.

Kali kedua diinduce, aku dah tak tahan lagi.
Aku minta ubat penahan sakit.
Genggaman kuat pada tangan mak menandakan tahap kesakitan semakin berambah.

Alhamdulillah ubat penahan sakit mengurangkan kesakitan.
Terasa air ketuban keluar melimpah ruah.
Lama-kelamaan aku terasa mengantuk sangat.
Ambil masa yang agak lama untuk menafsir yang itu kesan ubat.
Tapi aku cuba bertahan.
Mustahil nak tidur waktu ini.
Nurse kemudiannya memasukkan alat bantuan pernafasan pada hidung aku.
Beliau mengatakan baby kurang pergerakkan.
Banyak kali doktor dan jururawat datang check keadaan baby pada carta pergerakan baby.
Daripada reaksi mereka, aku tahu baby dalam keadaan membimbangkan.
Aku makin risau.

Disebabkan lali dan tidak kuat untuk meneran, baby terpaksa divakum.

Pada waktu ini, aku hampir putus asa kerana usaha meneran tidak menunjukkan hasil.
Dan dalam masa yang sama, rasa bersalah sangat dengan baby. Tapi kuatkan diri juga. Nyawa baby lagi penting.

Izzah, maafkan ummi sebab tak pandai meneran. Hingga saat ini pun, ummi masih berasa bersalah. Maafkan ummi.

Alhamdulillah tepat pukul 814pm, izzah gadis syurga dilahirkan. Nurse letak izzah atas dada aku.
Aku hanya mampu memandang kesayuan. Tak sempat pegang kerana nurse nak bersihkan izzah.

Nurse sempat tunjuk jantina sebelum bawa Izzah pergi. 
Ketahuilah wahai nurse, bukan jantina yang aku nak tengok dulu. Tapi adakah semua anggota badannya lengkap? Itu lebih penting. 
Alhamdulillah izzah sihat dan sempurna anggotanya.

Aku dibawa ke operation theatre memandangkan luka yang banyak dan luka didalam.
Disebabkan sakit apabila dijahit tanpa dibius, Dr mencadangkan aku dijahit di situ.
Aku juga mengalami tumpah darah yang agak banyak.
Alhamdulillah aku dijahit dalam keadaan separa sedar. Tidak rasa kesakitannya.

Pukul 1230 malam barulah aku dihantar semula ke katil.
Mak dan suami peneman setia.
Suami menyuapkan sedikit air kerana aku terlalu dahaga.
Terasa sungguh kasih sayang mereka.

Sekali lagi rasa bersalah kerana baby ditahan di NICU. 

Izzah....adakah izzah dilayan dengan baik di sana? =(




Tiada ulasan:

Catat Ulasan