..::doakan saya andai saya sudah tiada...http://nurulfarah611.blogspot.com::..

Sabtu, 4 April 2015

honeymoon


Musim ni, ramai yang mendirikan masjid..Alhamdulillah tahniah kepada pasangan pengantin.=)

Dan ramai juga yang upload gambar honeymoon..
Pergh...jeles sikit. Sebab tak pernah pergi honeymoon.

Teringat masa kahwin dulu.
3 hari tergagap nak panggil abang selepas sah akad.
Aa ..aaa..aaa..
last2 "awak" juga yang keluar.haha.
Padahal dia, pagi pertama selepas kahwin dah buat aku merah muka.sangat.
Panggil aku sayang.(?!!!)
Depan mak ayah kot.
Aduh agak2 laaa...haha =_=

Kami tak p honeymoon.
Cuti tak lama.
Tapi dia selalu bawak aku pergi kuliah agama.
Tu lagi sweet rasanya...=)
Alhamdulillah ala kulli hal.

Dah ada izzah ni, teringin lak nak keluar berdua..
Si dia nampaknya nak bawak isterinya yang sorang ni pergi honeymoon...
Excited pulak rasa =D
Tapi...tu semua hanya plan.
Ada rezeki, bolehla pergi...^^

Tiada ulasan:

Catat Ulasan