..::doakan saya andai saya sudah tiada...http://nurulfarah611.blogspot.com::..

Jumaat, 27 Mac 2015

sayang



Harini terbaca berita bayi melecur di mulut akibat diberi susu panas..
Allahurabbi...
Bayi seusia izzah, 6 bulan...
Tak sanggup rasanya tengok gambar bayi tersebut.
Banyak sangat kes berkaitan penderaan kanak-kanak...

Aku sanggup berhenti belajar (PhD) sebab nak jaga izzah sendiri.
Sepanjang menjaga bayi, memang perlukan kesabaran yang tinggi.
Aku khuatir tiada penjaga yang akan jaga izzah sebaik ibunya sendiri.
Bukan aku menafikan tugas para pengasuh di luar sana. Cuma biarlah izzah dibawah jagaan umminya.

Pabila buat keputusan berhenti belajar, memang dapat tentangan daripada keluarga.
Sedih.

Alhamdulillah suami izinkan.
Cuma, kena tahan telinga bila orang berkata tentang aku yang tidak bekerja.

Biarlah.
Hati lebih senang tengok izzah depan mata.
Dia masih kecil.

Izzah, ummi sayang izzah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan