one step can bring a big change. there's a choice. you choose. may your choice brings you closer to 'HIM'
Khamis, 12 Mac 2015
bayi juga cemburu
Baru-baru ni terdengar ceramah tentang didikan anak sejak kecil oleh Allahyarham Tok Guru Nik Aziz..
Kupasannya telah ditulis oleh incik suami dalam facebook beliau. Jadi tugas isteri sejati hanyalah copy paste post beliau.. =)
"Zaman skang pompuan pn kena keja..at least xde la nk mengharap duit suami je. And the most important thing is dapat meringankan beban suami"
Dulu-dulu aku nak sgt isteri bekerja bantu suami untuk tampung perbelanjaan rumah tangga.
Nak bayar duit kereta nya,
Duit sewa rumah nya,
Perbelanjaan dapur nya,
Keperluan2 peribadi keluarga nya,
Dan lain2.
Kalau gaji suami banyak xpe, sementara nak stabil, isteri kene bantu suami dulu.
Nanti dah betul2 stabil, xpela biar suami aje bekerja.
Waktu tu aku rasa begitu..
Tapi bila memutarkan koleksi2 kuliah Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat dalam kereta semasa nak pergi kerja atau berjalan kemana2, Allahyarham Tok Guru mengajar tafsir surah Al-Ahqaf : 17, fikiran aku telah terdidik.
Sangat kagum apabila ianya dikupas dengan begitu baik tentang penjagaan anak atau menghantar anak ke nursery.
Kata Allahyarham Tok Guru,
Pertama
Dalam masalah pembangunan manusia atau insan kene bermula dari anak kecik.
Islam minta ibu bapa untuk jaga anak ni waktu dia kecik lagi supaya budak kecik ni membesar dalam keadaan yang baik.
Sebab tu dalam ilmu psikologi, kita tengok sekarang ni ramai ibu bapak letak anak ke nursery sebab ibu bapak nak pi kerja.
Orang yang diamanahkan menjaga dan menjadi ibu ni dipanggil Ibu Sina'i iaitu ibu buat2.
Seorang ibu asuhan kene jaga 5 6 orang anak ikut kemampuan dia.
Sedangkan dari segi psikologinya, anak kecik dia tak boleh berebut-rebut mak.
Anak kecik ni, dia tak boleh tengok maknya diganggu oleh budak lain.
Sebab tu bila kita pi letak umah pengasuh ni, ibu yang jaga budak2 ni,
mula2 pegang anak A,
letak A pegang pula anak B,
letak B pegang pula anak C,
Jadi akhirnya budak ni bercelaru tak tau yg mana mak aku ni.
Budak kecik A marah kepada budak kecik B,
Budak kecik C marah kepada budak kecik A,
Bila mereka kene letak satu tempat diambil pulak anak kecik lain.
Jadi timbul perasaan dendam.
Kerana apa?
Mak dia diganggu oleh orang lain.
Kemudian budak-budak ni pun marah selalu, xpuas hati selalu.
Budak kecik ni tak kenal mana satu mak dia yg betul mana yg salah.
7.10pg muka mak aku macamni,
6.30ptg muka mak aku lain pulak.
Akhirnya budak ni timbul dendam, membesar dalam keadaan pemikiran tidak tenteram, bercelaru.
Masuk dapur berebuk lauk, main permainan berebut, pergi sekolah berebut buku, naik kereta mainan berebut tempat duduk dan sebagainya.
Jadi kecelaruan ini timbul hasil dari seorang ibu terpaksa kerja sendiri dan serah anak dia ni kepada pengasuh.
Pengasuh buatan.
Kedua,
Bila kita mandi anak, beri susu anak, hakikatnya kita didik jiwa dia,
Jiwa dia yang sedia ada lembut kita didik.
Berbeza seorang ibu kandung asuh anak dengan ibu pengasuh yg asuh anak kita.
Macam cikgu mengajar di sekolah.
Tak boleh ditukar2 sesuka hati.
Contoh,
Hari ni yang ajar matematik cikgu A, esok tukar cikgu ajar matematik cikgu B, lusa tukar cikgu matematik cikgu C.
Budak2 hilang arah tuju. Mana satu yang perlu ikut.
Sebab tu satu cara bijak adalah cikgu tak boleh tukar atas satu-satu mata pelajaran.
Kalau budak besar dah, nak tukar cikgu pelajaran boleh jadi mereka keliru, ganggu fikiran mereka, inikan pulak budak kecik.
Budak kecik, malam muka mak lain, suara lain, cara peluk lain, cara belai lain, cium cara lain.
Pergi tempat pengasuh pulak, muka mak lain, suara lain, cara peluk lain, cara belai lain, cara cium lain.
Akhirnya budak ni celaru dari kecik sampai ke besar.
Disebabkan ini, Islam meletakkan bahawa bila seorang laki kawin, wajib atas laki nafkah kepada isteri.
Tengok bijaknya Islam.
Tak bijak kenapa sedangkan Islam itu mari dari Allah,
Allah buat Islam,
Allah buat budak kecik,
Allah juga buat otak dia,
Allah juga buat fikiran dia,
Allah juga buat emosi dia.
Dengan sebab itu, Islam meletakkan bila seorang laki kawin, wajib atasnya jaga nafkah isteri.
Kain pakai,
Makan minum,
Rumah tangga,
dan lain2.
Dengan itulah kita kena terima Islam sebagai cara hidup kita.
Kerana Islam dah beri landasan yang cukup lengkap untuk manusia ikut.
p/s : Satu pendedahan ilmu yang sgt baik kepada aku sebagai seorang suami dan ayah.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan